fbpx

Tuna Scramble, Anak-Anak Automatik Akan Makan Sayur!

iCookAsia

Resepi yang cukup simple namun menarik untuk anak-anak yang kurang gemarkan sayur-sayuran. Menurut Nurul Edaya, menu ini sesuai untuk majlis keraikan anak-anak kerana ia cukup sihat dan segar.

Bahan:
Roti sosej atau roti oblong. Potong nipis
1 tin tuna
6 biji telur
1 sudu kecil lada hitam
Satu biji bawang Holland
Satu sudu butter
1 keping keju cheddar
2 senduk mayonis

Cara :
1. Panaskan butter menggunakan api perlahan. Kemudian goreng bawang sehingga layu. Jangan terlalu garing.
2. Masukkan lada hitam yang ditumbuk. Seterusnya masukkan tuna. Masak sehingga wangi.
3. Pecahkan telur. Kacau dan jangan biarkan berketul.
4. Selepas telur masak, masukkan mayonis. Perasakan dengan garam. Akhir sekali masukkan keju cheddar.
5. Masukkan roti mengikut saiz bekas dan masukkan tuna. Kemudian tuang sos black pepper dan sayur mengikut selera. Letak mayonis dan hiaskan dengan tomato ceri.
6. Makan menggunakan sudu.
* Harga jualan antara RM1.20 sehingga RM1.50.


Sumber : Nurul Edaya

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x