in ,

Tauhu Telur Daging Cincang

Bahan:
Batang Tauhu Telur
Kuntum Cendawan Butang
Tepung Jagung
Air
Minyak
Daging Cincang
Bawang Putih (cincang halus)
Daun bawang (hiris)
Cili Merah (buang biji dan dadu kecil)
Air
Sos Tiram
Kicap Cair
Kicap Lemak Manis
Serbuk Lada Sulah

Cara:
1. Tauhu telur di potong 5 atau 6 setiap 1, kemudian masukkan ke dalam mangkus.

Satukan tepung jagung dengan 2 sudu besar air dan kacau rata.

Tuang ke dalam mangkuk berisi tauhu telur. Gaul perlahan. Panaskan minyak. Goreng satu persatu hingga

kekuningan. Angkat dan toskan. Cendawan butang dihiris 3 setiap 1 biji, kemudian goreng sekejap hingga

layu, angkat dan toskan. Ketepikan
2. Dalam kuali yang sama, keluarkan minyak dan tinggalkan dalam anggaran 2 sudu besar. Tumis bawang putih

hingga harum dan layu. Masukkan daging cincang, kacau rata dan masak hingga airnya kering dan daging

cincang berubah warna. Masukkan bahan-bahan sos dan juga air. Kacau rata dan biarkan mendidih.
3. Baki tepung jaung untuk menggoreng tauhu telur tadi, boleh dimasukkan ke dalam kuah.

Kacau dan masak hingga pekat. Kemudian boleh tambah tauhu telur dan cendawan tadi. Gaul

hingga rata dan rasa, jika sudah dimasak, matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan cili merah yang

didadu sebelum dihidangkan.
4. Siap dihidang.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Comments

Leave a Reply

Loading…

Comments

comments