in , ,

Tauhu Pong Ayam. Yummeh

Pemilihan tauhu pong mempengaruhi tahap kekenyangan. Jadi, saranan kami, pilihlah tauhu pong yang montok dan gemuk bagi kepuasan maksimum kepada perut.

Resepi :
8 biji kentang (buang kulit dan rebus sehingga empuk)
Dada ayam (rebus dan carik) / boleh gunakan daging
Daun sup diracik halus
Bawang goreng
Sedikit tepung andai kentang terlalu lembik
2 biji telur untuk salutan tauhu – tambah sedikit lada hitam
Garam
Tauhu pong – basuh dan perah sehingga kering

Cara :
1.Rebus kentang sehingga empuk. Kemudian lenyekkan.
2. Masukkan ayam/ daging yang telah dicarik, daun sup, daun bawang, bawang goreng dan garam. Gaul rata.
3. Gunting bahagian atas tauhu pong dan masukkan bahan lenyek tadi ke dalam tauhu.
4. Celupkan tauhu tadi dengan telur dan goreng sehingga keemasan.
5. Angkat dan toskan. Hidang dengan kicap sambal.

Sumber : Zulaikha Arshad

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0

Comments

comments