in ,

Tapai

Bahan yang diperlukan:

1. 500 gram beras pulut

2. 1 cwn air 

3. ½ keping ragi

4. Daun pisang dan lidi kecil secukupnya

5. 2 sudu besar gula

6. Kain bersih untuk membalut bekas perapan

Cara membuatnya:

1. Mula-mula rendam beras pulut bersama air semalaman.

2. Kemudian kukus beras pulut separuh masak dan tuang rata secawan air diatasnya. Kemudian kukus semula sehingga masak.

3. Setelah masak, angkat dan sejukkan sebentar. Setelah sejuk, taburkan gula bersama ragi. Ragi hendaklah disangai sebentar di atas api ataupun dijemur untuk mempercepatkan proses penapaian. 

4. Setelah digaul rata, ambil sedikit pulut, masukkan ke dalam daun pisang dan bungkus dengan kemas. Sematkan dengan sebatang lidi di atasnya supaya bungkusan tidak terbuka. Sebelum itu, pastikan daun pisang yang diguna telah dilap bersih dan tidak basah. 

5. Selepas semua pulut siap dibungkus, masukkan ke dalam bekas dan bungkus dengan  menggunakan kain bersih. Perap selama 2 hari atau sehingga tapai masak dan simpan di tempat yang gelap.

6. Tapai sedia utk dihidang. Untuk mendapatkan tapai yang putih dan gebu, pastikan daun pisang bersih dan tiada titik2 hitam. 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Comments

Leave a Reply

Loading…

Comments

comments