in , ,

Tanam Sayur Di Balkoni, Wanita Ini Kongsi Cara Tanam Sayur Hidroponik DIY. Jimat Belanja, Sayur Bebas Bahan Kimia

Satu dilema ibu-ibu apabila sayur dibeli terlalu banyak, namun kekurangan masa untuk memasak. Hasilnya, sayur kecut dan tidak lagi segar untuk dihidangkan untuk keluarga.

Jadi, Nor Ainon Othman memberi solusi dengan keadah tanaman sayur hidroponik secara DIY. Tiada masalah jika tiada laman atau tinggal di rumah tinggi, bahan yang diperlukan untuk mendapat sayuran segar cukup murah dan mudah didapati.

Kaedah Tanam Sayur Hidroponik DIY

1. Cari bekas untuk menanam sayur dan bekas menakung air baja AB yang ngam. Gunakan penapis di bahagian atas. Boleh beli di kedai serbaneka. Tiga tapis RM2. Baldi kecil polka dot yang comel tu pula dibeli di MR DIY. Harga RM1.51 sebiji.

2. Bubuh span akuarium. Boleh dibeli di ‘petshop’. Potong bentuk bulat.

3. Bubuh cocopeat (sabut hancur) sehingga paras mulut tapis supaya tiada lubang yang dapat dibolosi nyamuk untuk bertelur.

4. Saya tak bubuh sumbu untuk serap air tapi cuma tuang air baja AB dan pastikan ia cecah paras akar anak pokok.

5. Yang ni pula contoh bekas DIY melalui konsep suai padan. Nampak tak, tapis tu sedang elok je dengan saiz baldi?

6. Alihkan anak sawi yang sudah ada lebih 5 helai daun ke dalam bekas. Kerja memindahkan anak pokok dari dulang semaian ke pasu individu seeloknya dilakukan pada waktu petang. Kalau alih pada waktu pagi, takut anak pokok mengalami strok haba bila matahari naik (lecur sebab panas le). Seeloknya satu bekas kecil, satu pokok supaya ia boleh membesar dengan jayanya. Tak perlu berebut baja dan ruang dengan rakan hijau yang lain.

7. Isi air baja bila sudah susut. Biasanya biarkan sehingga air baja kering baru isi yang baru. Tapi kalau takut terlupa, boleh bubuh air baja tapi baki yang di dalam baldi gunakan untuk siram pada pokok yang tanam atas tanah.

8. Letak pokok di bahagian yang dapat sinaran matahari. Sayuran daun perlukan sekurang-kurangnya empat jam sinaran matahari. Saya letak di bawah atap jernih. Tak kena hujan. Kalau kena hujan, nanti air baja cair pulak.

9. Jangan lupa ambil gambar pokok dari kecil hingga besar. Baru la kita dapat lihat perkembangannya. Enjoy bukan?

10. Dari sekecil-kecil biji benih, jadi sayur yang besar. Kemudian jadi hidangan di meja makan. Perasaan masa makan tu lain macam sebab hasil tanam sendiri. Hihi

11. Berkebun di mana? Di balkoni saja. Bukan perlu ruang besar pun. Bertingkat-tingkat sayur hasil tanam sendiri. Kalau hendak seribu daya. Minat mengatasi segala.

Sumber : Nor Ainon Othman

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0

Comments

comments