in , ,

Kaya Swiss Roll

 

Hanya 12 bahan diperlukan untuk hasilkan kek Swiss Roll bersalut kaya yang gebu dan ‘moist’ ini. Sesuai untuk dijamu pada tetamu di majlis open house Hari Raya ?

Resepi Swiss Roll ini disediakan dengan kerjasama Yeo’s Malaysia

————————–

Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 30 minit
Saiz hidangan: 10 orang

Bahan-bahan:

8 biji telur
150 gm gula kastor
200 gm tepung superfine
1 sudu teh baking powder
50 gm tepung almond
100 ml air pandan
125 ml minyak kelapa
25 gm overlate
60 gm kaya Yeo’s
1 sudu teh pewarna hijau

Bahan-bahan untuk inti:

100 ml krim putar ‘whipping cream’
60 gm Kaya Yeo’s
5 gm gelatin (Dilarut bersama air)

Cara membuat:

1. Pukul telur, gula dan overlate sehingga gebu. Masukkan kaya dan semua jenis tepung. Masukan sedikit air dan minyak kelapa.
2. Gaul sebati kemudian tuang didalam bekas bakar bersaiz 9 inci (bentuk segi empat)
3. Bakar selama 20 minit dengan suhu 200 darjah celcius.
4. Pukul krim sehingga separuh kembang kemudian masukkan kaya dan gelatin.
5. Pukul hingga sebati kemudian ia sedia untuk digunakan sebagai inti
Sejukkan adunan yang dibakar tadi kemudian sapukan inti dan gulung mengikut citarasa anda.

Shop the Post

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0

Comments

comments