fbpx

Strawberry Cheesecake Roll. Guna 5 Bahan Sahaja, Namun Sedap Tak Terkata. Anak-Anak Love Habis

iCookAsia

Bak kata pemilik resepi, Hurun’Iin Malik, Strawberry Cheesecake Roll ini merupakan resepi campak-campak, namun ‘kejadiannya’ sedap tidak terkata.

Bahan :
10 keping kulit popia
250g cream cheese
6 biji strawberry (potong kecil)
2 sudu besar gula aising
4 titik esen vanilla
*Tambahan gula aising untuk ditabur

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese dengan gula sehingga kembang.
2. Sudukan cream cheese di atas kulit popia.
3. Letakkan buah strawberry di tengah cream cheese dan tutup dengan lapisan cream cheese lagi.
4. Lipat popia macam biasa dan goreng sehingga kekuningan.
5. Tabur dengan gula aising dan sedia untuk dihidang.

Jom check out step by step :







Sumber : Hurun’Iin Malik

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x