in ,

Stew Kambing ala Arab

Bahan – bahan: 

  • 2 sudu besar minyak
  • 1 kg kambing
  • 4 cengkih
  • 3 batang kayu manis
  • 10 biji lada hitam
  • 4 biji buah pelaga
  • 3 biji cengkih
  • 2 tomato
  • 2 sudu besar serbuk santan S&P
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 cawan air panas
  • 1 kiub daging
  • 4 sudu besar pes tomato
  • 1 sudu besar paprika
  • 1 sudu besar halia
  • Daun ketumbar

Cara membuatnya: 

  1. Gaul daging kambing bersama garam dan paprika. Biarkan untuk 20 minit untuk perap.
  2. Dalam blender, blend tomato, daun ketumbar, halia dan serbuk santan S&P.
  3. Dalam periuk, masukkan 2 sudu besar minyak dan masuk daging kambing yang diperap.
  4. Kemudian, masukkan kayu manis, lada hitam, buah pelaga, cengkih, pes tomato dan bahan yang dikisar tadi. Masak sehingga pekat.
  5. Masukkan stok daging (kiub daging yang dilarutkan dalam air panas). Tutup periuk dan biarkan masak selama 35-45 minit.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%