fbpx

Step By Step Lukis Hello Kitty Atas Kek, Bolehlah Buat Surprise Untuk Yang Tersayang Kan?

iCookAsia

Untuk isu kali ini, bukan resipi kek sahaja yang akan dikongsi, malah cara ukiran Hello Kitty turut disertakan buat panduan. Mana tahu ada yang ‘gatal tangan’ nak buat kejutan untuk anak-anak atau suami kan?

“Askm dan selamat petang. Harini saya nak kongsi cara paling mudah nak sediakan kek harijadi utk kesayangan awak. Cream atas kek guna teknik piping. Tak payah nak bg rata sampai bucu tajam bagai😁. Sebelum tu saya share resepi kek span vanilla dan buttercream yg paling mudah. Dan print siap2 sekeping gambar kartun yg kita nak trace ikut saiz kek 8″.

 

Kek span vanilla ( loyang 8″)

Bahan A

150 g gula custor

150 g tepung kek(tepung superfine)

1 st baking powder

1 sb ovellate

5 biji telur grade A

80 ml susu segar

 

Bahan B

80 ml minyak jagung

1 sudu kecil esen vanilla

 

Cara :

1.Panaskn oven 150°-180°C, ikut kebiasaan oven masing-masing.

2.Gris pada dasar loyang sahaja. Alas dengan baking paper.

3.Pukul bahan A sehingga kembang dan gebu. Matikan mixer. Masukkan minyak jagung dan esen vanilla. Gaul secara kaup balik adunan menggunakan spatula.

4.Masukkan dalam loyang 8″ dan bakar selama 40-50 ninit bergantung pada oven masing-masing.

5.Untuk lebih mudah bahagikan adunan kepada 3 loyang saiz 8. Bakar selama 18-25 minit.

6.Setelah masak keluarkan daripada oven. Sisip tepi kek. Telangkupkan loyang pada redai kek. Keluarkan kek daripada loyang dan terbalikkan semula kek dan biar sejuk.

 

Buttercream mudah

Bahan :

700 g buttercup

300 g shortening

370 g gula icing

 

Cara :

1.Pukul bahan di atas sehingga betul-betul gebu.

2.Lepa kek dengan buttercream setiap lapisan dan sapukan cream pada keseluruhan kek.

3.Bolehlah dihias mengikut gambar di bawah :

Potong gambar ikut outline. trace gambar di atas kek.

Gunting gambar ikut outline bahagian dalam dan trace atas kek. Tandakan kedudukan mata dan hidung.

Bancuh buttercream dengan menggunakan pewarna oil based.


Guna nozle bulat kecil untuk piping outline dengan buttercream warna hitam.


Saya suka guna nozzle star saiz kecil untuk piping keseluruhan kek

Boleh mulakan piping pada gambar dahulu. Mata dan hidung saya gunakan fondant. Boleh juga guna buttercream.

Piping gambar yg ditrace mengikut warna yang sesuai.

Setelah piping gambar. Piping outline luar gambar kemudian baru piping keseluruhan kek.


boleh tulis nama atas papan kek dengan buttercream atau teknik tampalan fondant macam yang saya guna. Selamat Mencuba.

Sumber : Aleesya Cakes

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x