fbpx

Soto Ayam

iCookAsia

Bahan-bahan (untuk 2 orang)

Bahan-bahannya:

1. 4 bungkus kecil nasi impit
2. 1 cawan taugeh yang telah dicelur
3. Daun sup (dihiris halus)
4. Sedikit bawang goreng
5. 2 sudu kacang tanah
6. Soun secukupnya
7. Bergedil

Bahan-bahan untuk kuahnya:

1. 300gm dada ayam(dihiris)
2. 3biji bawang merah(ditumbuk kasar)
3. 2 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
4. 2 inci halia (ditumbuk kasar)
5. 3 tangkai serai (diketuk)
6. 1 kulit kayu manis
7. 3 kuntum bunga lawang
8. 3 bunga cengkih
9. 3biji buah pelaga
10. 1 sudu kecil jintan halus
11. 500gm air
12. Garam secukup rasa

Bahan- bahan untuk sambal kicap 

1. 10 biji cili padi
2. 6 ulas bawang putih
3. 2 sudu besar gula
4. Kicap manis dan kicap masin secukup rasa

Cara membuat

1. Mulakan dengan merebus nasi impit lebih kurang 40 minit. Nasi impit yang telah disejukkan dipotong empat. Ketepikan dahulu

2. Kemudian tumbuk kasar bawang merah bersama bawang putih. Panaskan sedikit minyak, tumis yang telah ditumbuk kasar bersama bawang bersama bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan jintan halus. Tumis sehingga naik bau.

3. Setelah itu masukkan halia dan serai yang telah diketuk. Kemudian masukkan air, garam dan ayam. Didihkan sebentar.

4. Setelah ayam empuk, keluarkan ayam tersebut dan carik-carikkan

5. Untuk membuat sambal kicap, kisar cili, bawang putih, kicap manis,kicap masin dan gula sehingga halus.

6. Kemudian goreng soun dan kacang tanah di dalam minyak yang panas

7. Selepas itu masukkan soun, kacang tanah, bergedil, nasi impit, kuah, taugeh, ayam yang telah dicarik, daun sup, bawang goreng dan sambal kicap ke dalam mangkuk. Soto ayam sedia untuk dihidang.

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x