in ,

Serawa Durian bersama Pankek

Bahan-bahan:

1. Durian 1 biji
2. Santan 2 mangkuk
3. 2 helai daun pandan
4. Gula pasir
5. Gula Melaka saiz kecil

Cara-cara:

1. Masukkan durian (buang biji) bersama gula pasir dalam periuk
2. Masukkan santan bersama daun pandan
3. Masak menggukan api sederhana (kacau selalu)
4. Setelah sebati masukkan gula Melaka sehingga melarut
5. Tinggalkan sehingga menggelegak
6. Siap!

Bahan-bahan:

1. 1 ½ cawan tepung sebeguna
2. 3 ½ sudu teh serbuk penaik
3. 1 sudu teh garam
4. 1 sudu besar gula
5. 1 ¼ secawan susu
6. 1 telur
7. 3 sudu besar mentega, cairkan

Cara-cara:

1. Dalam mangkuk yang besar, ayakan bersama tepung, serbuk penaik, garam dan gula. Buatkan ruang di tengah pusat dan tuangkan susu, telur dan mentega cair.

2. Panaskan dengan haba sederhana dan rata. Tuang atau aduk adunan atas kuali (non-stick pan), menggunakan kira-kira ¼ cawan untuk setiap penkek. Bagi warnanya perang ke emasan ke dua belah dan hidang.

Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0

Comments

comments

Sambal Tempoyak | Try Masak | iCookAsia

Resepi Puding Susu Kelapa