in , ,

Roti Tsunami Pak Ali – Roti Canai Banjir Special

 

Tahukah anda di Pantai Dalam terdapat satu gerai roti canai yang terkenal dengan hidangan Roti Tsunami? Pelanggan-pelanggan yang selalu menikmati sarapan di sini kebanyakannya terdiri daripada para pelajar UM dan penduduk berdekatan. Hampir kesemua daripada mereka akan pesan menu Roti Tsunami ini.

Kandungan Roti Tsunami ini sebenarnya adalah roti banjir yang ditambah dengan 2 biji telur separuh masak dan disirami dengan kuah dhal bercampur sambal ikan bilis. Sambal ikan bilis itu memang sedap dan akan menambahkan selera makan anda.

Harga Roti Tsunami ini adalah berpatutan iaitu RM2.80. Tapi kalau anda student, ada harga istimewa iaitu bermula dari RM2.50 + percuma air.

Jika anda ingin singgah, gerai Pak Ali ini dibuka setiap hari kecuali Isnin dari jam 7 hingga 11 pagi.

Roti Tsunami @ Kedai Roti Canai Pak Ali
Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur
Tel: 016-697 4335

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0

Comments

comments