fbpx

Roti Palestinian. Mudahnya Meroti, Tak Perlu Guna Oven, Hanya Bakar Atas Kuali.

iCookAsia

Kadang kala malas untuk meroti atas sebab banyak bahan perlu digunakan, dan bukan semua mahir menggunakan ketuhar kan? Namun resepi Juliana Yusop ini cukup membantu, malah boleh difrozenkan. Hanya panaskan menggunakan ketuhar dan siap untuk dihidang.

Jom ikuti perkongsian Juliana :

“Meroti 2kg tepung petang tadi untuk my hubby. Boleh difrozenkan. Bila nak makan panaskan dioven. Makanan asas my hubby kalau makan nasi tak kenyang katanya. So kat rumah nasi pun ada roti pun ada.

Resepi dan cara saya
ROTI PALESTINIAN

Bahan :
2 kg tepung gandum
3 sudu besar gula
1 sudu besar garam
1/2 cawan minyak (supaya roti tu moist dan lembut walaupun dah sejuk) resepi asal dari my hubby tak ada guna minyak jadi roti tu kering dan keras.
1 pkt yis mauripan
Air suam – tiada sukatan agak agak je
Cara :
1. Masukkan yis, gula dan sedikit air suam. Kacau sebati.
2. Selepas itu masukkan tepung gandum dan garam.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit sewaktu menguli sehingga tidak melekat di tangan.
4. Perap doh selama satu jam. Selepas itu boleh dicanai. Selepas dicanai, biarkan adunan selama 15 minit sebelum diletakkan di atas kuali.

https://www.facebook.com/salmah.yusop/videos/pcb.3021093011547328/10221077383633619/?type=3&theater&ifg=1

Sumber : Facebook Juliana Yusop

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x