fbpx

Resipi Solok Lada, Ada Bermacam Tips Yang Dikongsi

iCookAsia

Memang sedap makan Solok Lada ni kan? Lebih-lebih lagi jika dimakan dengan nasi kerabu. Perkongsian daripada Yatie Yuyue cukup lengkap beserta langkah demi langkah, malah bersama pelbagai tips yang boleh diamalkan untuk membuat menu ini.

Bahan :

5 ekor ikan selayang mentah (di siat isinya)
Lada solok 16 biji (di belah tengah buang biji)
Bawang merah 10 biji
Serai sebatang di hiris nipis
Santan kotak 1 (bersamaan 2 setengah air sukat guna kotak juga)
Kelapa parut sebiji

 

Cara :

1.Petua ibu, jika mahu pedas, pilih lada panjang bersinar, jika tidak pilih yang pendek dan menggerutu.

2.Jika tangan pijar, basuh dengan cuka.

3. Kemudian rendam dengan air kapur selama 15 minit untuk hilangkan pedas, kemudian bilas.

4.Ikan disiat-siat, bawang merah, dan serai.

5.Campurkan ikan yang telah disiat tadi, kelapa sebiji, bawang dan serai yang ditumbuk, garam dan gula.

6.Jika nampak bersinar, itu maknanya gula garam cukup. Itu petua mak saya.

7.Kalau lada dah abis tetapi isi banyak lagi, boleh gentel bulatkan dan masukkan sekali semasa merebus solok. Sumbat gemok gemok.

8.Untuk merebus, masukkan santan sekotak dan 2 kotak setengah air di sukat menggunakan kotak yang sama. Isi santan dan air sampai setengah je ya. Jangan penuh tutup lada.

9.Reneh menggunakan api sederhana selama 15 minit, tunggu gelegak, tengok air berkurang ke tidak.. nampak dah kering sikit blh tutup api, JANGAN biarkan kering santannya.

Sumber : Noor Hayati Binti Zanundin

 

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x