in , , ,

Resipi Dumpling. Senang Rupanya Nak Buat.

Memang enak kan kalau dapat menikmati dumpling. Selalunya isi dumpling akan menggunakan isi udang, namun untuk resipi kali ini, kami menggunakan isi daging sebagai bahan utama. Anda boleh tukar ikut kegemaran masing-masing, tak salah mencuba kan?

Apa yang pasti, menu ini boleh dipelbagaikan, jika mahu dijadikan kudapan, goreng sahaja sehingga kekuningan. Namun jika mahu dijadikan menu sampingan, goreng sebentar di atas pan dan kemudian masukkan stok ayam atau air untuk dijadikan sup. Mudah kan.

 

Bahan A :

Pastri Gyoza

½ cawan Daging/ayam cincang

2 helai Daun bawang

1/3 Lobak merah

1/3 Timun Jepun

4 sb Tofu

Lada putih

½ sk Garam bukit

Adela Canola Oil

 

Bahan B (Sup) :

½ ulas Bawang merah – cincang

1 ulas Bawang putih – cincang

½ inci Halia – diketuk

½ sk Minyak bijan

 

Cara :

  1. Campurkan semua bahan A dalam mangkuk kecuali minyak Adela Carnola dan pastry gyoza. Adunkan sebati dan letakkan di dalam pastri.
  2. Untuk penyediaan bahan B, masukkan minyak kemudian tumis bawang putih, bawang merah dan halia dan masak sehingga kekuningan dan berbau harum. Tambahkan air dalam 500ml ke 600ml. Masukkan minyak bijan. Pastikan air mendidih terlebih dahulu dan baru masukkan dumpling.
  3. Masak dalam 5 hingga 10 minit dan sedia untuk dihidang.