in , , ,

Resipi Biskut Chip Coklat Ala Famous Amos. Tak Perlu Guna Mixer.

Sedapnya mengunyah biskut chip coklat ala Famous Amos kan. Resepi yang dikongsi Nonie Nuar daripada pemilik asal, Eida Ilham ini cukup mudah untuk dibuat. Tidak perlu menggunakan mixer, hanya adunkan menggunakan senduk.

 

Bahan A:

250 g marjerin

1 1/2 cawan gula perang

1 sk esen vanila

1 biji telur

 

Bahan B:

*2 cawan tepung gandum

*2 cawan tepung jagung

*1 sk serbuk penaik

*1 sk soda bikarbonat

5 sb minyak masak

– Ayak bahan bertanda *

 

Cara :

1.Gaul semua Bahan A sampai sebati. Tidak perlu pukul ssehingga kembang sebab kita bukan nak buat kek.

2. Ayak bahan B yang bertanda *. Kemudian masukkan minyak dan gaul sebati.

3. Selepas itu masukkan coklat chip dan badam cincang (pilihan). Gaul sehingga sebati.

4. Panaskan oven pada suhu 160 darjah selsius.

5. Oleskan loyang dengan marjerin dan cedok kecil-kecil adunan dan susun jarak. Ini kerana adunan akan mengembang.

6. Bakar pada susuh 160 darjah pada 20 hingga 25 minit menggunakan api atas bawah.

7. Selepas sejuk, baru masukkan ke dalam balang. Letakkan sekeping roti supaya biskut kekal rangup. Roti akan menyerap lembapan di dalam balang.

Sumber : https://www.facebook.com/groups/MasakApaHariNiMAHN.my/permalink/3073935952929700/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0

Comments

comments