fbpx

Resepi Lala Goreng Bercili

iCookAsia

Bahan-bahan yang diperlukan:

800 gm lala
6 batang cili merah
3 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 inci halia
2 tangkai serai di ketuk
Garam secukupnya
Gula secukupnya
1 sudu kecil cuka
½ cawan minyak untuk menumis

Cara membuatnya:

  1.  Mula-mula masukkan bawang merah, bawang putih, halia, cili merah dan sedikit air ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga halus.
  2. Kemudian panaskan minyak di dalam kuali, masukkan serai dan bahan kisar tadi. Tumis sehingga naik bau.
  3. Selepas itu, masukkan garam, gula, cuka dan lala. Kacau rata dan masak sehingga semua lala terbuka.
  4. Lala goreng bercili sedia untuk dihidang.
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x