in ,

Resepi Ketupat Sotong

Resepi Ketupat Sotong (versi Kelantan)

 

Bahan-bahan:

6 ekor sotong,

1 cawan beras pulut,

1 ½ keping gula melaka,

3 helai daun pandan,

1 cawan santan pekat,

3 cawan santan cair,

dan sedikit garam.

 

Cara membuatnya:

  1. Pertama sekali, rendam beras pulut dan biarkan selama 1 jam.
  2. Setelah itu, campurkan dengan santan pekat dan sedikit garam. Kacau hingga sebati.
  3. Kemudian, susun daun pandan di dalam periuk.
  4. Masukkan beras pulut ke dalam sotong hingga hampir penuh dan akhir sekali masukkan kepala sotong.
  5. Setelah itu, cucuk bahagian atas dengan 2 batang lidi kecil hingga kemas dan masukkan ke dalam periuk.
  6. Ulang proses tersebut untuk baki sotong.
  7. Seterusnya, masukkan santan cair ke dalam periuk diikuti dengan air, gula melaka yang dipatah-patahkan serta sedikit garam.
  8. Panaskan dan tutup periuk dan biarkan mendidih hingga kuah kering. Proses ini mengambil masa yang agak lama.
  9. Setelah itu, ketupat sotong bolehlah dihidang.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Comments

Leave a Reply

Loading…

Comments

comments