in ,

Resepi Crepes Oren

 

Bahan-bahan:

150g tepung

250ml air

150ml susu

1 sudu besar gula

1 telur

50ml minyak

3 sudu besar gula merah

200ml krim segar

secubit garam

3 oren besar

kulit oren

jus oren

sac oren

50g mentega (untuk salut kuali)

 

Cara membuatnya:

Crepes:

  1. Ayak tepung ke dalam mangkuk besar.
  2. Masukkan telur dan susu kedalam tepung dan kacau hingga sebati. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi konsistensi yang betul. (Apabila acuan lekat dibelaking sudu kayu.)
  3. Masukkan secubit garam, satu sudu gula dan minyak kedalam acuan. Kacau hingga sebati dan tapiskan untuk pastikan tiada ketulan. Ketepikan untuk digunakan kemudian.

Sos oren:

  1. Parut kulit oren dan perah jus 2 buah oren. Simpan parutan kulit oren untuk digunakan nanti.
  2. Panaskan kuali dan masukkan 3 sudu besar gula untuk caramelise gula.
  3. Apabila gula mula bertukar warna, masukkan krim, kulit oren dan jus oren. Masak sehingga pekat.

Untuk masak crepes:

  1. Panaskan kuali dan salut dengan mentega. Tuangkan satu sudu acuan dan sebarkan adunan rata-rata.
  2. Hidangkan crepes bersama aiskrim vanila dan sos oren.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Comments

Leave a Reply

Loading…

Comments

comments