fbpx

Resepi Bubur Candil Keledek

iCookAsia

 

Bahan-bahan:

Bebola candil keledek:

1kg Ubi Keledek Kuning

1 ½ cawanTepung Pulut (atau lebih)

1sudu teh Garam Halus

Pewarna kuning, pewarna unggu dan pewarna oren.

 

Kuah santan sawit:

½ cawanAir

1/3 cawanGula pasir

1 helaiDaun Pandan – disimpul

1 ½ cawan Santan Sawit

½ sudu teh Garam

3 sudu besar Sago – yang telah direbus kembang

 

Sos karamel sawit gula merah:

1 cawan Gula Merah

4 sudu besar Gula Pasir

5 sudu besarAir

5 sudu besar Marjerin Sawit

½ cawan Santan Sawit

 

Hiasan penambah rasa:

1 ulas Isi Nangka – dipotong dadu kecil.

Beberapa biji biji delima merah

 

Cara penyediaan:

Membentuk bebola candil keledek:

  1. Kupas, basuh dan potong ubi keledek kepada potongan saiz sederhana.
  2. Kukus ubi keledek tersebut selama 10-15 minit, atau sehingga ubi empuk.
  3. Masukkan ubi keledek yang telah empuk kedalam bekas dan ditambah sedikit garam. Lenyek-lenyekkan ubi keledek sehingga mendapat tekstur yang halus, kemudian ditambah tepung gandum sedikit demi sedikit dan diuli sehingga mendapat adunan seperti adunan doh roti.
  4. Proses langkah 3 boleh disingkatkan dengan penggunaan “food processor”
  5. Bahagi-bahagikan adunan doh kepada 3 bahagian, dan setiap bahagian masing-masing diwarnakan dengan pewarna kuning, unggu dan oren.
  6. Seterusnya setiap adunan dibulat-bulatkan menjadi bebola sebesar guli.
  7. Selepas itu, rebus semua bebola keledek didalam air yang betul-betul mengelegak.Bebola keledek pada permulaannya akan tenggelam didasar periuk, tetapi akan timbul dipermukaan air beberapa minit kemudian.
  1. Sambil teruskan merebus, biarkan bebola keledek yang di timbul dipermukaan untuk selama 2-3 minit lagi, bagi memastikan bebola keledek benar-benar masak dan matang.
  2. Setelah bebola masak dan matang, ambil bebola keledek menggunakan penapis dan renjatkan bebola keledek didalam bekas yang mengadungi air ais atau air yang betul-betul sejuk.
  3. Bebola candil keledek siap dan sedia untuk dihidang.

 

Membuat kuah santan sawit:

  1. Didalam periuk yang bersesuaian, didihkan air bersama gula pasir dan daun pandan.
  2. Setelah gula larut, tuangkan santan dan biarkan sehingga mendidih.
  3. Apabila santan mendidih, padamkan api dan perasakan dengan garam.
  4. Kuah santan sawit siap untuk dihidang.

 

Menyediakan sos karamel sawit gula merah:

  1. Masukkan gula merah, gula putih dan air kedalam periuk yang bersesuaian, kacau sebentar sehingga sebati.
  2. Pasang api dan biarkan gula menjadi “hampir hangus”. Pada ketika ini jangan sesekali dikacau gula, cukup sekadar goyang-goyangkan periuk. Awas dengan kepanasan api.
  3. Semasa menggoyang-goyangkan periuk, warna karamel ini akan menjadi sebati dan sekata.
  4. Apabila sudah mendapat warna yang diingini, masukkan margerin sawit, santan sawit dan garam halus. Pada waktu ini barulah boleh dikacau adunan gula dengan menggunakan senduk kayu..
  5. Sos Karamel sawit gula merah siap untuk dihidang.

 

Cara mengidang:

  1. Gunakan mangkuk yang bersesuaian. Letakkan beberapa ketul bebola candil keledek.
  2. Sendukkan kuah santan sawit
  3. Taburkan bahan “hiasan penambah rasa”
  4. Tuangkan sedikit sos karamel sawir gula merah.
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x