in ,

Rendang Tok

Resepi Rendang Tok

Bahan yang diperlukan:

  • 500 gram daging dipotong sebesar 3 inci
  • 2 cawan santan pekat
  • 3 sudu besar kerisik
  • 2 sudu besar gula merah
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 helai daun kunyit
  • garam secukup rasa

 

Bahan-bahan untuk dikisar pula:

  • 15 tangkai cili kering
  • 10 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 batang serai 
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 sudu besar ketumbar 
  • 1 sudu kecil jintan manis 
  • 1 sudu kecil jintan putih 
  • 1 sudu kecil lada hitam 
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 gelas air

 

Cara membuatnya:

  1. Mula-mula, kisar kering ketumbar, lada hitam, jintan manis, jintan putih, bunga lawang dan bunga cengkih sehingga halus.
  2. Kemudian kisar basah cili kering bersama bawang merah, serai, bawang putih, lengkuas dan halia bersama sedikit air. Kisar sehingga halus.
  3. Selepas itu masukkan ke dalam kuali bersama bahan kisar kering, gula merah dan daging. Kacau rata.
  4. Kemudian curahkan santan dan  masak dengan api perlahan sehingga pekat dan naik minyak.
  5.  Apabila kuah menjadi pekat, masukkan asam keping, kerisik dan garam. Kacau rata hingga semua rasanya sebati.
  6. Hiris halus daun kunyit dan masukkan ke dalam rendang. Kacau hingga sebati dan rendang tok sedia untuk dihidang bersama lemang. Selamat mencuba!

Tip/Info

Sebaiknya keringkan sedikit rendang ini supaya boleh tahan lama. 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 2

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 50.000000%

Downvotes: 1

Downvotes percentage: 50.000000%

Comments

Leave a Reply

Loading…

Comments

comments