fbpx

Rendang Campur. Wow Menu 3 Dalam 1.

iCookAsia

Wow lain macam perkongsian resipi kali ini. Asyik dengan rendang ayam dan daging, apa agaknya rasa rendang campurkan kan? Rendang campur ni hasil gabungan tiga bahan iaitu daging, paru dan limpa.

Jika ada yang menjual pun, jelas empunya resipi, sekilo berharga RM120. Jadi ada baiknya kita bersilat di dapur.

Al kisah.. Tetiba teringin nau2 nk makan rendang campur.. Nk beli yg siap mcm ssh je nk jumpa..bila da jumpa 1kg rm120.. Tertelan air liur awok😂.. Awak sorang je yg makan.. Sudahnya wasap org pasar mintak tolong hantar kn daging, paru dgn limpa dkt rumah.. 3jam dkt dapur..maka terhasil la rendang campur versi teringin nau2.. 1st time masak ni tau.. Selalu masak rendang daging dgn rendang ayam je.. Ni baru teringin.. Kalau mengidam x tau la mcm mana gayanya😅
#rendangcampur
#dapureyzaazliza

 

Bahan kisar :
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lengkuas
Kunyit hidup
Cili kering
Cili padi

Bahan lain :
Santan kara
Kerisik
Daun kunyit
Hati, limpa, daging
(rebus dan potong ikut suka)

Cara :
1.Tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging kerana daging lambat empuk. Masukkan juga air rebusan.
2.Agak-agak daging sudah empuk, masukkan limpa dan paru.
3.Kemudian masukkan santan, kerisik, garam, perasa dan daun kunyit. Gaul sebati.

Sumber : Eyza Azliza

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x