fbpx

Rendang Ayam

iCookAsia

 

Bahan-bahan:

500 gram ayam

10 ulas bawang merah

2 hiris lengkuas

2 inci halia

1 mangkuk kelapa parut

2 batang serai

1 helai daun kunyit

1 keping asam

4 cawan santan pekat

setengah cawan pes cili

sedikit serbuk kunyit

sedikit garam

sedikit gula

dan minyak untuk menggoreng

 

Cara membuatnya:

  1. Gaul ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Perap seketika.
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam tadi. Goreng sebentar sahaja dan tidak perlu garing. Kemudian asingkan dan tos minyaknya.
  3. Kisar hingga lumat halia, lengkuas, bawang merah yang dipotong kasar dan serbuk kunyit bersama sedikit air.
  4. Tumbuk kelapa parut hingga hancur sedikit.
  5. Selepas itu, masukkan santan ke dalam periuk, diikuti dengan bahan-bahan yang dikisar tadi, serai, asam keping, pes cili, daun kunyit yang dicarik-carikkan dan kelapa parut yang ditumbuk tadi.
  6. Kacau hingga sebati dan panaskan kuali. Biarkan mendidih dan kacau sekali-sekala supaya santan tidak berketul.
  7. Masukkan ayam, gula, dan garam. Kacau lagi hingga sebati.
  8. Biarkan mendidih dan kacau sekali-sekala hingga kuah kering dan pecah minyak. Proses ini mengambil masa yang agak lama. 
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x