,

Bendi Bercili Istimewa

Hidangan Untuk: 4 orang
Masa Penyediaan: 15 minit             Masa Memasak: 10 minit

BAHAN-BAHAN:
2 sudu besar minyak
3 sudu besar ADABI Seafood Flavoured Sauce
2 sudu besar ADABI sos cili
¼ cawan air
250g bendi, dipotong serong 3cm
1 biji tomato, didadu 2cm
1 kuntum bunga kantan, dihiris nipis
Garam, gula secukup rasa

Bahan Kisar
3 biji cili merah
2-3 biji cili padi
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1cm belacan
3 sudu besar udang kering, direndam lembut

CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga wangi.
2. Masukkan ADABI Seafood Flavoured Sauce, sos cili dan air, kacau 1 minit.
3. Tambah bendi dan tutup kuali.
4. Apabila bendi empuk, masukkan tomato, bunga kantan, gula dan garam.
5. Kacau 2 minit kemudian angkat.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Comments

Leave a Reply

Loading…

Comments

comments