in ,

Pulut Panggang

Hidangan untuk 8 batang pulut panggang.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  1. 3 cawan beras pulut ( di bersihkan dan di rendam selama 1-2 jam)
  2. 3 cawan santan
  3. garam & gula secukup rasa
  4. Beberapa helai daun pisang( di layur di atas api)
  5. Beberapa batang lidi utk di semat pada bungkusan pulut.

Bahan-bahan bagi inti pula adalah:

  1. 1 cawan kelapaparut
  2. 3 biji bawang merah
  3. 1 batang serai
  4. 1 cm halia
  5. 1 sudu besar udang kering
  6. sedikit serbuk kunyit,
  7. sedikit garam dan gula
  8. minyak masak untuk menumis

Cara membuatnya:

  1. Mula-mula toskan beras pulut yang telah direndam. Masukkan ke dalam periuk nasi elektrik bersama santan, gula dan garam. Kacau rata dan masak sehingga pulut lembut.
  2. Untuk menyediakan intinya,mayang kasar bawang merah, halia dan serai. Kemudian kisar halus bersama udang kering dan sedikit air di dalam mesin pengisar.
  3. Seterusnya panaskan sedikit minyak di dalam kuali, masukkan bahan kisar, kacau seketika, dan masukkan kelapa.
  4. Masukkan garam dan gula. Kacau sehingga kelihatan kering. Angkat dan ketepikan.
  5. Untuk  membungkus pulut panggang, sapukan sedikit minyak masak di atas sehelai daun pisang,letakkan kira-kira 3 sudu besar pulut dan ratakan. Letakkan sesudu inti diatas pulut. Gulung daun pisang perlahan2 dan lipat di bahagian tepi atas dan bawah. Sematkan dengan lidi. Ulangi langkah ini sehingga habis semua bahan.
  6. Susun di atas pemanggang dan panggang seketika hingga kelihatan sedikit garing dan hangus. Angkat dan pulut panggang sedia untuk dinikmati.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Comments

Leave a Reply

Loading…

Comments

comments