in ,

Pulut Mangga

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. 1 ½ cawan beras pulut, direndam selama 15 minit

2. ½ cawan santan

3. ¼ cawan air

4. Garam secukup rasa

5. 2 Biji mangga, masak ranum

Bahan untuk kuahnya:

1. ½ Cawan santan pekat

2. ¼ cawan air suam

3. Secubit garam

4. Secubit gula pasir

Cara membuatnya:

1. Mula-mula campurkan beras pulut bersama air, santan dan garam. Kacau rata dan kukus di dalam periuk pengukus sehingga masak.

2. Untuk menyediakan kuahnya campurkan santan bersama garam, air suam dan gula. Kacau rata.

3. Kupas mangga dan hiris mengikut citarasa masing-masing. Hidangkan bersama pulut dan kuah santan. Pulut mangga sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Comments

Leave a Reply

Loading…

Comments

comments