in ,

Puding Biskut Keju Coklat

 

Anda sukakan puding dan juga coklat? Cuba Puding Biskut Keju Coklat ini! Mudah dibuat dan sesuai dihidangkan untuk sesi minum petang bersama keluarga dan rakan-rakan 🙂 Resepi ini dibawakan dengan kerjasama Saji Malaysia.

 

Bahan – Bahan
100ml Krimer Manis Pekat SAJI
250ml Krimer Manis Berperisa Coklat SAJI
½ tin Krimer Sejat Cair SAJI
100gm agar-agar
500ml air
75gm gula
40gm biskut keju dikisar
½ sudu makan tepung kastard
1 sudu makan keju diparut

Cara Membuat
1. Didihkan agar-agar bersama gula hingga larut diatas api sederhana. Ketepikan
2. Masukkan biskut keju dan Krimer Manis Pekat SAJI dalam mesin pengisar.
3. Seterusnya masukkan tepung kastard,Krimer Manis Berperisa Coklat SAJI dan Krimer Sejat Cair SAJI.kacau sebati.
4. Tuangkan kedalam periuk berisi agar-agar tadi didihkan seketika
5. Akhir sekali masukkan keju yang diparut tadi dan kacau rata.
Tuangkan dalam acuan dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan.

Written by iCookAsia

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0

Comments

comments

Authentic Mee Bandung Muar

Chocolate Beetroot Muffin