fbpx

Citarasa Johor: Resepi Tanjung Puteri

iCookAsia

Mengenai Citarasa Johor: Resipi Tanjung Puteri
Kepelbagaian sajian tradisional asli Johor yang mengagumkan dikumpul dengan teliti ke dalam himpunan resipi-resipi yang telah dimasuk dan diuji. Sajian sarapan pagi yang menyelerakan, hidangan lauk-pauk untuk sajian harian dan untuk hidangan jamuan istimewa, sambal-sambal dan berpagai jenis acar serta kuih-muih yang menyelerakan adalah di antara kulinari yang sedian menanti anda di dalam Citarasa Johor: Resipi Tanung Puteri. Kedua-dua pengarang lahir dari kalangan keluarga yang mempunyai bakat luar biasa dalam bidang masakan. Mereka berdua tidak hanya mengumpul resipi-resipi datuk nenek moyang yang diwarisi turun temurun dari empat generasi, mereka juga telah mengembara ke seluruh pelusuk negeri Johor untuk mencari dan mengumpul semula dari kalangan waris keluarga bangsawan sejak era 1850an lagi. Cita rasa yang tiada bandingan ini dan kepelbagaian resipi-resipi Johor dihasilkan dalam 240 resipi termasuk cara penyediaan yang mudah untuk diikuti. Menu cadangan termasuk panduan memasak serta daftar kata-kata dwibahasa bagi bahan-bahan masakan turut disediakan. Gambar-gambar bersejarah negeri Johor yang mempunyai hubung-kaut dengan resipi tertentu, dipilih secara terperinci dan setiap resepi juga dihiasi dengan gambar hidangan berwarna yang amat menyelerakan. Citarasa Johor: Resipi Tanjung Puteri merupakan satu keperluan penting di dapur bagi sesiapa yang meminati kulinari sajian negeri ini, yang dipengaruhi oleh Jawa, Bugis, Arab, Inggeris, Cina dan India yang telah bermastautim di sini, serta tukang masak yang dibawa masuk dari tanah asing untuk memberi hidangan di dapur kediaman golongan bangsawan Melayu. Buku ini bukan sahaja sebuah album nostalgia, ia juga memberi cita rasa Johor dari segi makanan serta gambar-gambar kenangan. Ia adalah satu cacatan penting, sebuah warisan kuinari tersendiri untuk generasi kini dan akan datang yang meminati bidang masakan.


Penulis

Kalsom Taib adalah graduan dari Universiti Malaya, pernah mengajar di sekolah menengah selama lima tahun sebelum memasuki syarikat swasta. Dari tahun 1970 hingga 1990, beliau telah bekerja di beberapa buah syarikat antarabangsa termasuk Shell Malaysia, Malaysia Mining Corporation Berhad dan Nestle Malaysia Bhd. Pengalaman beliau selama tujuh tahun dalam Nestle Malaysia telah digunakan untuk membantu anak beliau membuka restoran, Don’s Warong @ Plaza Damas. Beliau telah menerbitkan tiga buah buku, Taib Andak: In a Class of His Own, Zainab Ahmad: A Truly Remarkable Woman dan The Shafee Yahya Story: Estate Boy to ACA Chief. Beliau telah juga menerbitkan Pages From My Past oleh Kamarudding Abdullah, cerita-cerita dari Bandar Maharani (Muar) dalam tahun 1950an hingga 1960an.

Hamidah Abdul Hamid adalah seorang usahawan yang ghairah tentang masakan. Butik Adek, adalah yang terulung dibuka beliau dalam tahun 1985 di Central Market (Pasar Seni), Kuala Lumpur dan kemudian berpindah ke Yow Chuan Plaza dan akhirnya ke Istana Hotel, Kuala Lumpur. Beliau telah mencuburi bidang membuat hantaran majlis perkahwinan, bidang masakan, bidang bungkusan hadiah dan cenderamata dan akhir sekali dalam bidang pereka fesyen. Suami beliau, Dato’ Ibrahim Hj Ismail, adalah orang yang banyak memberi perangsang kepada beliau di dalam kerjaya belau dan terutama sekali untuk menyiapkan buku ini.

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x