fbpx

Kaya Pancake

iCookAsia

 

Teringin nak makan pancake di waktu sahur nanti? Mudah sahaja nak buat pancake yang gebu dan lembut ini. Makan begitu saja pun dah sedap, kalau sapu dengan Seri Kaya lagi terangkat! Anak-anak memang akan suka.

Resepi ini disediakan dengan kerjasama Yeo’s Malaysia

————————–

Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 15 minit
Saiz hidangan: 5 orang

Bahan-bahan:

Kaya Yeo’s secukupnya
Sedikit minyak / butter untuk di sapu pada kuali leper.
*(Tak perlu kalau gunakan non-stick pan)

Bahan Kering:
150 gm tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
Secubit garam
2 sudu besar gula halus

Bahan Basah:
300 ml susu kotak full-cream
1 biji telur gred A, dipukul
2 sudu besar butter, dicairkan
1 sudu teh esen vanilla

Cara membuat:

1. Asingkan bahan kering dan basah.
2. Satukan bahan-bahan kering – iaitu tepung, baking powder, garam dan gula ke dalam sebuah bekas. Gaul rata dan ketepikan.
3. Dalam satu bekas yang lain pula, satukan bahan basah pula – iaitu susu, butter yang telah dicairkan, telur dan esen vanila. Gaul rata.
4. Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering. Kemudian gaul setakat rata sahaja, jangan overmix. Jika ada sedikit ketulan-ketulan tepung tak mengapa.
5. Rehatkan adunan yang dikacau tadi selama 15 minit.
6. Panaskan non-stick pan kecil, guna api paling kecil sekali. Tak perlu sapu minyak pun tak apa. Tuang adunan tadi dan biarkan hingga pancake naik gebu dan keperangan.
7. Sapukan kaya dan sedia untuk dihidangkan.

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x