in , , ,

Pencuci Mulut Thai ‘Ruam Mitr’. Peminat Boba Patut Cuba

Siapa suka makan pencuci mulut? Apa kata cuba resipi dari Thailand, Ruam Mitr. Kata Ilyani Kori, teksturnya serupa seperti boba, minuman kegilaan netizen.

“Ruam Mitr’..

Hantu boba mcm sis patut try buat thai dessert ni.

Kenyal2 mcm boba gitu sedapp! Anak2 confirm suka.

Buat pun senang je. Ini resepinya..

RESEPI THAI DESSERT ‘RUAM MITR’

 

Bahan doh:

Tepung ubi kayu

Air panas

Pewarna

Bahan kuah:

Santan

Gula

Garam

Daun pandan

Sagu

**boleh tambah keledek/jagung/nangka jika suka

 

Cara :

1. Sediakan air panas menggelegak. Masukkan air panas ke dalam tepung ubi sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.

2. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Masukkan pewarna kesukaan dan bentukkan guna acuan kuih siput. Rebus dalam air menggelegak. Apabila terapung, tos dan masukkan dalam air. Ketepikan.

3. Dalam periuk masukkan air, gula, garam dan daun pandan. Kemudian masukkan santan. Bila menggelegak sedikit, baru masukkan sagu.

4. Tos doh siput tadi dan masukkan ke dalam kuah santan. Siap.

Sedia dimakan semasa panas atau tambahkan ais.

SELAMAT MENCUBA!

**kalau nak tambah jagung/keledek/nangka sila masukkan sebelum santan tu ye.

**tips: masukkan air panas sedikit dan uli, selepas utu masukkan lagi sedikit demi sedikit berselang seli. Kalau letakkan air banyak sekaligus, doh akan melekit seperti gam.


Sumber : Ilyani Kori

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0

Comments

comments