in ,

Pau Kaya

Pau Kaya yang gebu dan lembut ini sangat mengenyangkan. Sesuai dihidangkan pada waktu sahur dan berbuka puasa ?

Resepi ini disediakan dengan kerjasama Yeo’s Malaysia

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 30 minit
Saiz hidangan: 10 orang

Bahan-bahan:

100 gm gula kastor
6 gm yis segera
500 gm tepung gandum
60 gm lemak sayuran (shortening)
180 ml air
5 sudu teh minyak masak
1 tin kaya Yeo’s
2 biji telur asin kuning / salted egg yolk (optional)

Cara membuat:

1. Masukkan tepung, yis, gula kastor dan minyak sayuran
2. Kemudian masukkan air dan minyak masak. Uli sehingga menjadi doh
3. Rehatkan selama 30 minit sehingga doh naik 2 kali ganda
4. Bahagikan doh kepada 40 gm
5. Bulatkan doh dan leperkan atas tangan, kemudian masukkan inti kaya dan telur asin kuning. Tutup doh dengan kemas dan bulatkan semula
6. Rehatkan doh lagi selama 15 minit sehingga mengembang
7. Apabila doh sudah mengembang, kukuskan pau selama 8 minit. Siap untuk dihidangkan.

Tips Untuk Frozen :

– Setelah pau sejuk, simpan dalam bekas plastik yang kedap udara. Anda juga boleh masukkan dalam beg plastik.
– Simpan dalam peti ais.
– Bila nak makan keluarkan dan kukus semula selama 1 minit.

Shop the Post

Written by iCookAsia

iCookAsia, originally known as "TryMasak' is the first recipe video channel in Malaysia. Since its creation in 2008, TryMasak has grown and evolveed from online recipe sharing website into online media platform for chefs to showcase their talent and for brands to promote their products and services. Currently we have more than 2,000 recipes in video format from Malaysia and other Asian countries.

Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0

Comments

comments

5 Makanan Popular Di Bulan Ramadan

Black Mussels Paella