in , , ,

Pak Choy Sos Tiram. Celurkan Dengan Ais Untuk Buat Sayur Tetap Segar.

Nampak mudah kan resepi ini, tapi jika tersilap langkah, alamatnya sayur yang dimasak layu dan tidak segar.

Perkongsian Ros Mawar‎ ini punya tips istimewa untuk mengekalkan kesegaran dan warna sayur yang dimasak.

Bahan :
Pak Choy
Bawang putih
Sos Tiram
Kiub Ayam
Tepun Jagung

Cara :
1. Bersihkan sayur pak choy dan belah dua setiap pokok.
2. Celurkan dengan air panas sebentar. Angkat dan terus masukkan ke dalam air yang berisi ais untuk mengekalkan kesegaran dan warnanya. Tos dan ketepikan.
3. Cincang bawang putih dan tumis sehingga layu.
4. Masukkan sos tiram, sedikit kiub ayam dan gula. Masak sehingga mendidih.
5. Kemudian masukkan sedikit tepung jagung yang telah dibancuh dengan air untuk memekatkan kuah. Masak sehingga mendidih.
6.Susun sayur yang telah dicelur di atas pinggan dan tuangkan kuah tadi di atasnya. Tabur dengan bawang putih yang telah digoreng.

Sumber : Ros Mawar‎

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0

Comments

comments