fbpx

Pajeri Nenas

iCookAsia

Bahan-bahan

1 biji nenas bersaiz kecil ( potong bulat )
1 biji bawang merah ( dihiris )
3 ulas bawang putih ( dihiris )
1 inci halia ( dihiris )
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 kuntum bunga cengkih
1 sudu besar gula merah
1 sudu besar gula pasir
3 sudu besar kerisik
1 sudu kecil udang kering ( ditumbuk )
1 cawan santan
1 sudu besar rempah kari ( dicampurkan dengan sedikit air )
1 tangkai daun kari
1 sudu kecil garam
Sedikit minyak untuk menumis
Cara membuat

1. Mula-mula panaskan minyak di dalam kuali, masukkan bawang merah, bawang putih, halia, udang kering, daun kari, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Tumis sehingga naik bau.

2. Kemudian masukkan rempah kari dan kerisik, kacau sehingga rempah masak.

3. Setelah itu masukkan nenas dan gaul rata.

4. Selepas itu, masukkan santan, gula pasir, gula merah dan garam. Gaul seketika sehingga kuah pekat dan nenas lembut. Pajeri nenas siap untuk dihidang.

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x