fbpx

Oyster Sauce Bean Curd Ala The Chicken Rice Shop

iCookAsia

Setiap kali berkunjung ke The Chicken Rice Shop, mesti menu ini wajib dipesan kan? Sebenarnya senang sahaja untuk menyediakannya, Tieng Tieng ada berkongsi resepinya.

Bahan :
1 petak soft tofu
2 ulas bawang putih cincang
1/2 tbsp udang kering – Cuci dan tumbuk/blend kering
1 1/2 tbsp oyster sauce
1 tsp tepung jagung
100 ml air
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit daun bawang
Sedikit fried shallots

Cara :
1. Keluarkan soft tofu daripada bekas, kemudian kukuskan soft tofu selama 10min. Keluarkan daripada pengukus dan keringkan air berlebihan di sekelilingnya dengan kitchen tissue.

2. Tumiskan udang kering sehingga kelihatan sedikit golden brown, kemudian masukkan bawang putih dan tumis sehingga layu.

3. Masukkan oyster sauce dan kacau rata.

4. Larutkan tepung jagung dengan air kemudian tuangkan ke dalam tumisan oyster sauce tadi, kacau sebati.

5. Biarkan bubbling sekejap dengan api yang kecil sehingga agak pekat, kemudian boleh dituangkan ke atas soft tofu tadi.

6. Hiaskan dengan fried shallots dan spring onions. Tidak perlu perasakan dengan gula atau garam.

Sumber : Tieng Tieng

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x