in

Nasi Lemak Hipster!

Sudah menjadi trend sekarang setiap makanan diubah dan diolah searus dengan peredaran masa dan zaman. Begitu juga nasi lemak ala hipster yang telah diubah oleh segelintir peniaga. Mungkin nak nampak lebih komersial namun dalam masa yang sama cuba kekalkan identiti nasi lemak tu. Jadi, nasi lemak yang mana satu pilihan hati anda? 😀

Nasi Lemak Ikat Tepi

Wah menarik! Boleh makan sambil memandu kalau ikat tepi!

Nasi Lemak ‘Instant’

Nasi Lemak 'Instant' atau segera. Agak menarik juga. Siapa pernah rasa?

Nasi Lemak Cawan

Rasanya nasi lemak cawan tidaklah terlalu keterlaluan. Mudah juga untuk sesiapa yang nak makan nasi lemak sambil memandu, mungkin?

Nasi Lemak Sushi

Siapa pernah cuba? Unik biarpun agak pelik!

Nasi Lemak Ice Cream

Wah bila dengar aiskrim mesti yang nak tahu dan rasa kan? Ada yang pernah rasa? Boleh share!

Nasi Lemak Cheese Cake

Nasi Lemak Cheese Cake rasanya memang ramai dah pernah cuba dan dengar nama ni. Siap ikan bilis lagi atas kek! Sedapnyaaaaa!

Nasi Lemak ‘Handroll’

Wahhh ni mesti dibuat khas untuk penggemar-penggemar sushi tapi diolah dalam bentuk nasi lemak. Ada yang pernah cuba ke?

Nasi Lemak Warisan

Nasi Lemak Warisan ini yang sebenarnya sentiasa menjadi pujaan ramai. Rasanya biarpun makin banyak dan pelbagai nasi lemak hipster sekarang, namun nasi lemak ni tak pernah lupus dalam menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia! Betul tak? Share sikit bagi penggemar nasi lemak!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0

Comments

comments