fbpx

Nasi Goreng USA

iCookAsia

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. 2 cwn nasi

2. 1/2 cawan sayur campur (lobak merah, jagung, kacang pis)

3. 2 ulas bawang putih

4. sedikit minyak utk menumis

5. 1 sudu besar cili tumbuk

6. garam & gula secukupnya

7. 200 gm daging batang pinang

8. 1/ 2 inci halia

9. 1 liter air

10. sedikit pewarna merah

11. 1 labu bawang besar

12. 1 ulas bawang putih

13. 1 biji telur

14. 1/2 inci halia

15. 2 sudu besar sos tomato

16. 2 sudu besar sos cili

17. sedikit air

18. minyak utk menumis

19. Timun

20. salad

Cara membuatnya:

1. Mula-mula Rebus daging bersama air, halia dan pewarna merah sehingga empuk. Setelah empuk, angkat dan ketepikan dahulu

2. Untuk memasak nasi,tumis bawang putih dan cili tumbuk sehingga garing. Masukkan sayur campur,nasi dan garam. Boleh juga tambahkan sedikit gula jika mahu. Kacau rata, angkat dan ketepikan.

3. Untuk memasak daging masak merah, panaskan sedikit minyak, tumis bawangbesar, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Masukkan daging, sos tomato, sos cili, garam dan gula. Tambahkan sedikit air sekiranya terlalu kering.Gaul rata, angkat dan ketepikan.

4. Untuk menggoreng telur, panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan pecahkan sebiji telur. Goreng hingga masak

5. Hidangkan nasi goreng bersama daging masak merah, telur goreng, hirisan timun dan salad.

Selamat mencuba!

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x