fbpx

Nasi Goreng Kampung

iCookAsia

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. 2 cawan nasi sejuk

2. 2 biji telur ayam

3. 6 ekor udang

4. 5 biji cili padi

5. 1 inci belacan

6. 4 tangkai sawi

7. 1 biji bawang besar

8. 3 ulas bawang putih

9. 1 sudu besar sos tiram

10. ½ cawan ikan bilis – ditumbuk

11. 3 sudu besar minyak

12.sedikit kicap cair

13. sedikit lada sulah

14. ¼ cawan ikan bilis yang telah digoreng garing

Cara membuatnya:

1. Mula-mula masukkan cili padi, ikan bilis dan belacan ke dalam lesung batu. Tumbuk kasar

dan ketepikan dahulu.

2. Selepas itu, tumbuk kasar bawang besar dan bawang putih secara berasingan.

3. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan udang dan bawang yang telah ditumbuk, goreng

sehingga naik bau.

4. Setelah itu, masukkan campuran cili tumbuk bersama ikan bilis dan belacan. Kacau rata dan

masukkan sawi, lada sulah, kicap cair serta sos tiram. Setelah dikacau rata, ketepikan semua

bahan ke bahagian tepi kuali.

5. Masukkan telur dan nasi. Gaul rata dan taburkan ikan bilis yang telah digoreng garing.

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x