in ,

Nasi Goreng England

Rasai kelainan dengan resepi Nasi Goreng England ini. Rasa herba thyme bersama gandingan Fish and Chips serta nasi goreng ini akan membawa anda mengembara ke serata England.

Resepi penuh:

Bahan-bahan:

NASI GORENG
1 cawan nasi
2 sudu besar butter
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
60 gram bawang Holland (dihiris nipis)
½ batang cili merah (dibuang biji dan dicincang halus)
50 gram sayur campur sejuk beku
Garam dan lada sulah
2 cubit herba campur
1 telur goreng dadar (dihiris nipis)

FISH N CHIPS
4 keping potongan ikan
320 gram tepung tempura
130 ml air soda
1 sudu teh serbuk penaik
Garam dan lada sulah
2 hirisan lemon
Sedikit kerepek kentang perisa bawang dan masam
1 cawan kecil ‘instant tartare sauce’
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan :

1. Untuk menyediakan Fish N Chips, masukkan tepung tempura, serbuk penaik, air soda dan kacau sebati. Masukkan sebiji telur dan kacau sehingga pekat.
2. Perasakan ikan dengan garam, lada sulah dan diperah sedikit lemon. Gaul sebati.
3. Panaskan minyak ,kemudian celupkan ikan kedalam adunan tepung dan goreng sampai kuning keemasan dan masak.

Tips:
“Suhu minyak yang betul-betul panas memainkan peranan penting untuk memastikan ikan tersebut cukup masak dan teksturnya tidak lembab.”

4. Untuk sediakan nasi goreng, cairkan mentega kemudian masukan bawang Holland, bawang putih, cili merah dan sedikit herba campur. Tumis sehingga naik bau.
5. Kemudian masukan sayur campur. Kacau sebentar. Masukan hirisan telur dadar.
6. Perasakan dengan garam dan lada sulah.
7. Akhir sekali masukkan nasi dan kacau rapi.
8. Setelah siap boleh la dihidangkan bersama Fish N Chips, hirisan lemon dan sos tartare

Written by iCookAsia

iCookAsia, originally known as "TryMasak' is the first recipe video channel in Malaysia. Since its creation in 2008, TryMasak has grown and evolveed from online recipe sharing website into online media platform for chefs to showcase their talent and for brands to promote their products and services. Currently we have more than 2,000 recipes in video format from Malaysia and other Asian countries.

Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0

Comments

comments

Nasi Goreng Belgium

Sambal Udang Petai