in , , ,

Nasi Goreng Ayam Zaman Silam, Susah Nak Dapat Macam Ni Lagi Kan?

Melihat foto nasi goreng ayam yang dikongsi Rashida Aziz mengimbau kembali zaman kanak-kanak dahulu. Beginilah rupa nasi goreng ayam yang kita kenal, lain benar daripada sekarang, nasi goreng putih bersama ayam goreng kunyit dengan sos cili biasa.

Sebagai mengimbau kembali memori nasi goreng ayam, jom cuba resepi istimewa ini. Tiada sukatan khas, masak guna hati kata pemilik resepi ini.

Nasi Goreng
Bahan kisar :

Cabai kering
Bawang merah
Ikan bilis

Cara :
1. Tumis bawang putih sampai naik bau kemudian masukkan bahan kisar,masak sampai garing.
2. Masukkan kicap,garam,serbuk perasa,sedikit gula. Jika agak kering boleh tambah air.
3. Kemudian masukkan sawi seterusnya nasi. Gaul rata.

Ayam Goreng
Cara :

1. Rebus ayam bersama halia, serai, kulit kayu manis,buah pelaga, bunga lawang, garam secukup rasa. Rebus sehingga masak.
2. Toskan ayam dan perap bersama kicap manis, sos tiram dan lada sulah selama setengah jam.
3. Goreng sekadar utk menggelapkan warna ayam.
4. Air rebusan ayam boleh jadikan sup kosong.

Sos Sambal
Bahan Kisar :

Cabai kering
Cabai melaka
Bawang putih

Cara :
1. Masak bahan kisar, tambahkan sos cili, sedikit cuka, serbuk pati ayam, gula dan garam secukupnya. Boleh tambah sedikit kicap manis untuk rasa dan warna yang lagi sempurna.
2. Kepekatan sos ikut selera ya. Tambah sedikit bancuhan tepung ubi utk pekatkan sos.

Sumber : Rashida Aziz

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0

Comments

comments