in ,

Nasi Ambang

Nasi Ambeng atau Nasi Ambang ialah hidangan istimewa masyarakat Jawa yang dihidang semasa majlis keramaian. Dihidang di dalam talam berlapikkan daun pisang, terdapat pelbagai jenis variasi nasi ambang – nasi putih, ayam, sambal goreng, mi atau bihun goreng, ikan masin, tempe goreng,  dan serunding kelapa.

Bahan Mee Goreng Jawa:

1 paket Mee kuning
1 mangkuk taugeh
4 biji Bawang merah
3 ulas Bawang putih
1/2 biji buah keras
4 sudu besar Kicap
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besarlada hitam
1 sudu besar udang kering
Sos cili secukup rasa
Garam secukup rasa

Bahan untuk Serunding Kelapa
1 biji kelapa parut
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1sudu kecil jintan putih
3 sudu kecil ketumbar
4 batang serai
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
4 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
1/2 inci kunyit hidup
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar udang kering
Air asam jawa secukupnya
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukupnya

Bahan untuk Sayur Goreng Jawa
5 ketul hati dan pedal ayam direbus dan potong dadu
300 gm udang halus dikopek kulitnya
1 bungkus tempe dipotong dadu dan digoreng
1 ketul tahu dipotong dadu dan digoreng
2 biji kentang dipotong dadu dan digoreng
200 gram Kacang panjang dipotong serong
1 mangkuk suhun dan tauhu kering direndam
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3 biji lada besar dihiris
Serbuk lada sulah

Bahan-bahan lain yang diperlukan:
1. Nasi Putih
2. Ayam masak kicap
3. Ikan kering bulu ayam

Cara membuatnya:
1. Mula-mula sediakan Mee goreng jawa: Masukkan bawang merah, bawang putih, buah keras, kicap, cili kisar, lada hitam, udang kering dan air ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga halus.

2. Kemudian panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga garing. Setelah garing masukkan mee dan gaul rata. Masukkan taugeh, sos cili dan garam secukup rasa. Gaul sebentar dan ketepikan dahulu.

3. Untuk menyediakan serunding kelapa: Masukkan jintan manis, jintan putih, ketumbar, serai, lengkuas, halia, bawang putih, bawang merah, cili kisar, kunyit, udang kering dan air ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga halus. Ketepikan dahulu

4. Selepas itu goreng kelapa tanpa minyak menggunakan teknik sangan sehingga kelapa kekuningan sedikit. Ini adalah supaya serunding tahan lama dan tidak basi.

5. Sementara itu, panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar tadi sehingga garing. Masukkan gula air asam jawa, garam dan serbuk perasa. Kacau rata dan biarkan di atas api kecil sehingga agak pekat.

6. Setelah itu, masukkan kelapa yang telah disangan tadi. Gaul rata lebih kurang 5 minit. Dan bolehlah diangkat.

7. Untuk sayur goreng jawa pula:mula-mula hiris bawang besar dan bawang putih kemudian tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan lada besar, garam secukup rasa, pedal, hati dan udang. kacau rata

8. Masukkan lada sulah, kacang panjang,tempe, tauhu dan kentang. Jika mahu tambahkan sedikit kicap. Kacau rata.

9. Akhir sekali masukkan suon dan tahu kering. Jika ingin rasa yang berlemak boleh masukkan santan dan gaul hingga kering. Boleh juga ditambah sayur lain seperti lobak merak ataupun kobis.

10. Hidangkan nasi putih bersama sayur goreng jawa, ayam masak kicap, mee goreng jawa, serunding, dan ikan kering.

11. Nasi ambeng sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Comments

Leave a Reply

Loading…

Comments

comments