fbpx

Muffin Cip Coklat

iCookAsia

CHOCOLATE CHIP MUFFIN

Bahan-bahan:

  1. Gula halus (¾ cawan)

  2. Tepung gandum (1 cawan)

  3. Tepung campuran muffin (3 sudu besar)

  4. Telur ayam gred A (1 biji)

  5. Soda bikabornat (1 sudu teh)

  6. Baking powder (1 sudu teh)

  7. Garam halus (1 sudu teh)

  8. Sedikit cip coklat  

  9. Minyak jagung (¾  cawan)

  10. Air (¾ cawan)

    • Sukatan minyak dan air boleh ditambah sekiranya adunan terlalu pekat

Cara membuatnya:

  1. Campurkan gula, tepung gandum, tepung campuran muffin, soda bikabornat, baking powder dan garam. Gaul rata.

  2. Masukkan minyak jagung, dan gaul rata lagi.

  3. Akhir sekali, Masukkan telur dan air. Gaul sebati.

  4. Boleh juga masukkan cip coklat ke dalam adunan jika suka.

  5. Seterusnya, Masukkan adunan ke dalam cawan muffin hingga 3/4 penuh.

  6. Taburkan sedikit cip coklat di atas adunan tersebut.

  7. Bakar dengan suhu 16°C selama lebih kurang 20 minit.

  8. Chocolate Chip Muffin siap untuk dihidang.

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x