in

Mengidam Kerabu Mangga? Cuba Resipi Dengan 6 Langkah Mudah Ini!

Guna Mangga Muda tau, bukan Mangga tua :)

Macam-macam rasa ada. Ada manis, ada masam, pedas pun ada. Pendek kata, cukup rasanya.

Sudah bersedia? Ini resipinya:

Bahan bahan 

  • 2 biji mangga muda
  • daun kesum
  • bunga kantan
  • 1 batang serai
  • 1 cawan kelapa parut goreng tanpa minyak
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji cili merah
  • 4 biji cili padi
  • 2 sudu udang kering
  • 1 sudu sos ikan
  • 1 sudu air perahan limau nipis
  • Gula dan garam secukup rasa

Cara membuat 

  1. Potong mangga muda halus memanjang.
  2. Campurkan dengan garam dan air. Gaul sebati dan biarkan seketika untuk mengurangkan rasa masam mangga. Kemudian, toskan airnya.
  3. Teruskan dengan menghiris nipis bawang merah, bawang besar, cili merah, cili padi, bunga kantan, serai dan daun kesum.
  4. Tumbuk serai hingga hancur diikuti dengan udang kering. Kemudian masukkan air perahan limau nipis dan tumbuk hingga sebati.
  5. Masukkan mangga tadi ke dalam mangkuk, diikuti dengan bahan-bahan yang ditumbuk, kelapa parut goreng, bahan-bahan yang dipotong, gula, garam dan sos ikan.
  6. Gaul hingga semua bahan sebati dan kerabu mangga muda sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba!

Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti Kerabu Mangga ini? Sila LIKE Facebook iCookAsia serta subscribe ke channel Youtube kami sekarang!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%