fbpx

Mee Goreng Mamak

iCookAsia

Bahan utama yang diperlukan ialah 500gm Mee Kuning -dicelur ke dalam air panas

Bahan-bahan yang diperlukan pula dibahagikan seperti berikut:

Bahan A
1 cawan Cili boh yang digoreng bersama ½ cawan minyak hingga masak

Bahan B
1 biji kentang – direbus separuh masak dan digoreng dan dihiris setebal 1cm
2 biji tauhu – digoreng dan dipotong lapan setiap satu
2 ketul cucur udang – di potong kecil
2 biji tomato – dipotong empat setiap satu
1 cawan Kobis – dihirs nipis

Bahan C
8 ekor udang sederhana besar – dibuang kepala dan tinggalkan kulit pada bahagian ekornya sahaja.
4 ulas bawang putih dicincang halus
1 biji bawang besar dicincang halus
2 sudu besar minyak utk menggoreng

Bahan D
3 sudu besar Sos Tiram
3 sudu besar Sos Tomato
2 sudu besar sos Cili
2 sudu besar sos sotong
¼ cawan air
½ sudu besar kicap

Bahan E
2 biji Telur ayam
1 cawan taugeh
¼ cawan kacang tumbuk yang telah di sangan

Bahan F
Cili sebagai hiasan

Cara membuat:

  1. Mula-mula panaskan sedikit minyak menggunakan api yang kuat dan tumis udang bersama bawang besar serta bawang putih sehingga naik bau. Masukkan cili boh serta sos tiram, sos tomato, sos cili,  sos sotong, air dan kicap. Tumis hingga pekat.
  2. Setelah itu , masukkan tauhu, kentang,cucur udang, tomato  dan kobis. Kacau rata dan  masukkan mee kuning serta taugeh, kacau lagi. Akhir sekali , masukkan telur satu demi satu. Kacau hingga kering dan masukkan kacang sambil membalikkan mee.
  3. Mee goreng mamak kini sedia untuk dihidangkan.
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x