in , , ,

Mee Goreng Lembab Perah Limau Nipis. Slurpppp

Mee goreng ada pelbagai jenis, ada yang simple, pedas, mee bodo, macam mamak, eh macam-macamlah.

Jadi terpulang untuk mengikut resipi yang disukai. Untuk hidangan kali ini, kami kongsikan mee goreng lembab bersama perahan limau nipis.

Dikongsikan juga tips supaya mee tidak terlalu kembang, masukkan air panas sewaktu mee hampir masak dan kacau sebati. Kemudian tutup api.

 

Bahan :

3 ulas bawang putih – ketuk

2 sb Cili giling

2 sb Sos cili

2 sb Sos 3 rasa

Ayam

Udang

Mee kuning

Sawi

3 sb Kicap mee

Kiub ayam

 

Cara :

1.Tumis bawang putih dan cili giling.

2.Kemudian masukkan udang dan ayam. Jika ada sotong lebih sedap.

3.Masukkan sos.

4.Selepas itu masukkan mee kuning dan air panas sedikit.

5.Masukkan kuib ayam seketul.

6.Masukkan sayur sawi dan akhir sekali tuangkan kicap mee.

*tips x nak bagi mi kembang sangat.. Masa dah nak siap tu.. Letak air panas.. Lps tu kacau sikit2 dah tutup api.. Pernah dapat tips ni drp siapa sy pun tak ingat.. Saya panjangkan ilmu nye ye..

Sumber : Fuziah Yusuf

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0

Comments

comments