in , , ,

Mayonis Parsley Dan Sos Bawang Putih Arab (Toum) Homemade. Sedapnya Dicicah Roti Dan Ayam.

Menurut Ida Alina Salleh, resepi sos yang dikongsikan ini boleh diolah mengikut perasa yang diinginkan dan sudah semestinya, kandungan gula boleh dikawal sendiri sewaktu membuatnya. Kedua-dua sos ini mampu bertahan selama seminggu jika disimpan di dalam peti ais.

Menggunakan emulsion atau stick blender, namun jika tiada, boleh menggunakan pengisar biasa.

Mayonis Parsley
1 biji kuning telur
1 ulas bawang putih
1 Sudu besar jus lemon segar
Sedikit garam dan madu (secukup rasa)
Minyak sayuran 200ml
1/2 genggam parsley di racik.

Cara :
1. Mula-mula blend kuning telur dengan bawang putih, jus lemon, garam dan madu.
2. Bila dah bersatu semuanya, alirkan minyak sedikit demi sedikit sambil teruskan memblend. 3.Jika terlalu cair, tambah sedikit lagi minyak hingga dapat konsistensi yang diingini.
4. Akhir sekali, masukkan parsley dan teruskan blend hingga halus. Siap untuk digunakan

Sos Bawang Putih (Toum)
7 ulas bawang putih
1 putih telur
2/3 cawan minyak sayur
1 camca besar jus lemon
Garam sedikit.

Cara :
1. Kisar dahulu putih telur dengan bawang putih yang telah dikupas dan dihiris.
2. Bila bawang putih sudah halus, sambil terus mengisar, masukkan minyak dengan aliran tetap perlahan-lahan. Adunan akan memekat. Teruskan aliran minyak hingga adunan agak kental. Sos toum ni lebih kental dari mayonis.
3. Akhir sekali, masukkan garam dan jus lemon. Blend hingga sebati.
4. Sedap dihidang dalam wrap, dengan kebab, dicicah ayam goreng dan sebagainya

Sumber : Ida Alina Salleh

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0

Comments

comments