in , ,

Mat Rock Ayam Goreng Kunyit

 

Di Kuala Lumpur terdapat banyak ‘food truck’ yang menjual nasi ayam goreng kunyit. Ia adalah pilihan utama kebanyakan pekerja-pekerja ofis di sekitar kerana faktor utamanya iaitu harga yang lebih murah daripada makan di pasaraya.

Antara yang ‘pioneer’ didalam perniagaan nasi ayam goreng kunyit ini adalah Mat Rock. Mat Rock telah bermula sejak lebih dari 14 tahun yang lalu. Kini beliau telah mempunyai restoran sendiri dan lebih kurang 7 atau 8 cawangan ‘food truck’ di Lembah Klang.

Jika dibandingkan dengan ayam goreng kunyit yang lain (yang selalunya sedikit keras dan kering) yang biasa didapati di kedai-kedai tomyam, ayam goreng kunyit versi Mat Rock lebih ‘fresh’, lembut dan tidak terlalu masin. Trademarknya adalah pada sambalnya. Dikatakan bahawa apabila anda makan bersama sambal Mat Rock, gerenti akan berpeluh.

Selain dari ayam goreng kunyit, anda juga mempunyai pilihan sotong, udang atau daging. Nak tahu macam mana rasanya? Kena la cuba sendiri ?

Restoran Mat Rock Ayam Goreng Kunyit
15, Jalan Kampung Pandan, Taman Maluri, KL
Waktu perniagaan: 11am – 11pm

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0

Comments

comments