in ,

Lontong Goreng

Bahan-bahan:

1 pinggan nasi Impit di potong dadu 

1mangkuk daging kisar

5 sudu besar Udang Kering (dikisar halus)

6 sudu besar Cili boh

12 sudu besar Sos Tiram

Kicap Lemak Manis secukup rasa

Minyak secukupnya

5 ulas Bawang putih (dicincang kasar)

½ biji Bawang Holland (dipotong dadu)

2 biji Bawang merah (dihiris nipis)

Garam secukup rasa

½ batang Lobak Merah dihiris

4 batang Kacang Panjang dihiris 

Cara membuatnya:

  1. Mula-mula panaskan minyak di dalam kuali, masukkan bawang merah, bawang putih dan bawang Holland, tumis sehingga wangi dan sedikit garing.
  2. Masukkan cili boh dan sos tiram,  tumis lagi sehingga naik minyak (masukkan sedikit air jika tumisan terlalu kering). Masukkan pula daging kisar dan udang kering, kacau rata sehingga daging masak.
  3. Masukkan lobak, kacang panjang, nasi impit, kicap dan sedikit garam. Kacau rata
  4. Lontong goreng sedia untuk dihidang.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Comments

Leave a Reply

Loading…

Comments

comments