fbpx

Lodeh

iCookAsia

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. 3 batang kacang panjang dipotong 3cm

2. ½ batang lobak merah dihiris memanjang 3cm

3. 100gm kubis dipotong kecil.

4. 2 keping tauhu

5. 2 keping tempe (digoreng separuh masak)

6. 100gm tauhu kering (fucuk)

7. 50gm suhun

8. 2 tangkai serai, dititik

9. 250ml santan pekat

10. Garam secukup rasa

11. Gula secukup rasa

12. 3 cawan air

13. Minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar:

1. 3 biji bawang besar

2. 4 ulas bawang putih

3. 4 biji cili padi

4. 2 biji cili merah

5. 2 cm halia

6. 2 cm lengkuas

7. 2 cm kunyit

8. 3 sudu besar udang kering

 

Cara membuatnya:

1. Mula-mula, masukkan bawang besar, bawang putih, cili padi, cili merah, halia, lengkuas,

kunyit, udang kering dan sedikit air ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga halus.

2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan kisar bersama serai sehingga naik

bau dan pecah minyak.

3. Kemudian masukkan santan pekat bersama air dan kacau rata.

4. Selepas itu, masukkan kacang panjang, lobak, tauhu, tempe, kubis, tauhu kering, suhun,

garam dan gula secukup rasa. Kacau rata dan tutup sebentar sehingga mendidih.

5. Lodeh sedia dihidang bersama bersama nasi impit, sambal tumis dan telur rebus.

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x