fbpx

Kuih Tepung Talam, Rasa Lemak Bersantan. Potong Guna Benang Jika Mahukan Potongan Yang Cantik

iCookAsia

Melihatkan gambar Tepung Talam ini pun sudah cukup membangkitkan selera. Terbayang rasa lemak bersantan dengan adunan rasa yang cukup sempurna.

“Tadi post baru lepas kukus..ni post kali ke2 pulak..dah sejuk kami potong..x sabaq wei nak makan..dia punya lemak wow🙈

#KuihTepungTalam

Bahan Lapisan Bawah :

1 cawan gula merah*

1/2 cawan gula*

2 cawan air*

1 cawan tepung beras

1 sb tepung jagung

Sedikit kapur sirih

 

Cara :

1.Satukan semua bahan bertanda * dan masak sehingga mendidih. Selepas mendidih, tutup api dan tapis. Ketepikan.

2.Satukan semua bahan dengan air gula dan kisar halus.

3.Selepas itu tuang ke dalam periuk dan masak dengan api perlahan. Sentiasa kacau dan jangan tinggalkan.

4.Agak-agak adunan suam, tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama 20 minit.

5.Kukus dengan api sederhana. Jika ada air di bahagian atas, buang.

6.Pastikan lapisan bawah betul-betul sejuk dan baru tuangkan lapisan atas. Untuk pastikan lapisan melekat.

 

Bahan Lapisan Atas :

2 cawan santan – kalau nak lemak gunakan santan pekat

4 sb tepung beras – jangan membukit

1 sb tepung jagung

Sedikit garam – untuk lemakkan kuih

 

Cara :

1.Satukan semua bahan dan kisar. Kemudian tuang ke dalam periuk dan masak suam-suam. Gunakan api perlahan. Sentiasa kacau dan jangan tinggalkan.

2.Selepas siap tuang atas lapisan bawah. Kukus selama 30 minit. Sejukkan dan baru boleh potong.

3.Jika nak potongan kuih yang cantik, potong dengan benang.

Sumber : Masni Bahari

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x