fbpx

Kuih Lapis, Kuih Tradisional Melayu

iCookAsia

Kuih Lapis ini kuih tradisi wajib bagi semua orang rasa. Kuih ini juga menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Jadi, mari kita cuba buat resipi ini.

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung beras
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
¾ cawan gula
4 cawan santan
Secubit garam
Pewarna merah
Sedikit minyak

Cara membuat:

1. Mula-mula sapu sedikit minyak di atas plastik dan letakkan di dalam loyang supaya adunan tidak melekat. Kemudian panaskan loyang tersebut di dalam periuk pengukus

2. Sementara itu, masukkan santan, gula dan garam ke dalam periuk. Masak seketika sehingga gula larut.

3. Setelah itu, campurkan tepung beras, tepung gandum dan tepung jagung di dalam mangkuk bersama campuran santan dan gula yang telah larut tadi. Kacau sehingga sebati.

4. Selepas itu, tapis adunan dan bahagikan kepada 2 bahagian. Letakkan salah satu adunan dengan pewarna merah dan kacau sebati

5. Tuangkan adunan berwarna putih ke dalam loyang dan kukus sehingga masak. Setelah masak, tuangkan adunan berwarna merah ke atasnya dan kukus lagi sehingga masak. Lakukan step yang sama berselang seli antara putih dan merah sehingga semua adunan habis selapis demi selapis.

6. Setelah siap angkat dan sejukkan sebentar sebelum dipotong. Kek lapis sedia untuk dihidang.

Nak beli barang dapur? Jom shopping di: https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x